Saturday, 3 December 2016

MUQADDIMAH

Assalamualaikum,


        Pertama-tama dan selama-lamanya marilah kita merafa’kan kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayah-Nya, kita masih di kurniakan lagi dengan dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Kami juga bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan keredhaan-Nya kami masih di beri peluang untuk terus menimba ilmu dan menabur bakti di bumi IQDAR yang penuh dengan barakah.

       Kami amat bersyukur kerana dengan izin Allah kami dapat menubuhkan sebuah blog khusus berkaitan tentang Rasm Al-Quran (Rasm Uthmani). Blog ini akan kami paparkan nota-nota ringkasan berkaitan dengan kaedah penulisan Al-Quran mengikut Rasm Uthmani. Segala nota dan ringkasan yang kami buat adalah mengikut kitab Syarah Talkhisul Fawaid wa Taqribul Mutaba’id yang telah dipelajari dan akan dikemas kini mengikut kesesuaian dan kefahaman kami.  Semoga usaha kami ini beroleh keberkatan dari Allah SWT. Semoga blog ini akan menjadi panduan dan bahan rujukan bagi umat Islam.                                             


No comments:

Post a Comment