Wednesday, 21 December 2016

Bab 3 - باب من الزيادة

Bab Ziyadah      
                                      
فى الكهف شين لشائ بعده ألف     وقول في كل شئ ليس معتبرا

Telah bersepakat semua mushaf dengan menambah huruf alif di antara huruf syin dan ya’ pada kalimah لشائ  dalam surah Al-Kahfi pada ayat yang ke 23. Akan tetapi terdapat khilaf pada perkataan tersebut pada ayat yang lain. Pendapat yang sahih mengatakan tiada tamabahan manakala pendapat yang lemah mengatakan terdapat tambahan pada lafaz   شئ  dimana saja ia terletak dalam Al-Quran.
Telah berkata Muhammad bin Isa : Aku telah melihat dalam mushaf Abdullah bin Mas’ud semua lafaz  شئ  dengan huruf alif.
Telah berkata Abu ‘Amru Ad-Dani : Tidak wujud sesuatu pun daripada perkatan itu dalam mushaf ahli Iraq dan selainnya dengan huruf alif.

وزاد في ماءتين الكل مع ماءة     وفى ابن اثباتها وصفا وقل خبرا

Telah menambah semua penulisan dalam semua mushaf akan huruf alif selepas mim pada kalimah    مائةdalam semua bentuk ia datang sama ada mufrad مائةatau musanna مائتين, atau dalam keadaan jama’ مائتون.
Telah ditetapkan dalam semua mushaf dengan huruf alif pada kalimah ابن dan ابنة dalam semua keadaannya ia datang dalam Al-Quran.

لنسفعا ليكونا مع اذا ألف     والنون فى وكأين كلها زهرا

Telah bersepakat semua mushaf atas penulisan nun ta’kid di mana sahaja ia terletak seperti kalimah لنسفعا بالنصية ,  منوليكونا , فاذا لا يؤتون ,  من نبىوكأين dan lain-lain lagi.

ولئيكة الألفان لحذف نالهتا     فى صاد والشعراء طيبا شجرا

Kalimah  الأيكةأصحاب  dalam surah Shad dan Asy-Syua’raa ditulis dengan dihazafkan alif dalam semua mushaf. Akan tetapi kalimah yang sama ditulis dengan 2 huruf alif dalam surah Al-Hijr dan surah Qaf.


Disediakan oleh : Nur Athirah bt Ishak

No comments:

Post a Comment